Selangor FC (SFC) berjaya meraih tiga mata penuh dalam saingan Liga Super musim 2024/25 apabila menewaskan Kedah Darul Aman (KDA FC) 1-0 di Stadium MBPJ.
Ia adalah perlawanan yang cukup sengit kerana kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan bertali-arus ke gawang masing-masing.
Baca Juga:
Bagaimanapun, situasi yang menarik telah berlaku pada minit ke 7 apabila semua penyokong Selangor dan Kedah berdiri sambil menepuk tangan pada minit ke-7 sebagai tanda solidariti kepada Faisal Halim yang menjadi mangsa simbahan asid, baru-baru ini.
Pada masa sama, terdapat penyokong Selangor memakai baju hitam yang tertera ‘Stand with Faisal Halim, stop the violence’.
Perlawanan itu turut diserikan dengan tifo Faisal memakai jersi Selangor bernombor tujuh yang cukup sinonim dengan pemain itu.
Solidariti daripada penonton-pentonton yang hadir ke Stadium MBPJ, buat Faisal Halim, dengan tepukan beramai-ramai tepat pada minit ketujuh! #fh7
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
