Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Selangor ideal untuk pelabur asing wujud hab global

today19 November 2021

Background


KUALA LUMPUR – Negeri Se­langor disifatkan sebagai lokasi yang ideal bagi pelabur asing mewujudkan hab perniagaan global, khususnya dalam meme­nuhi pertumbuhan permintaan di rantau ASEAN yang kini pesat berkembang.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ini kerana Selangor adalah pintu masuk ASEAN kerana kedudukannya yang strategik, disokong kemudahan infrastruktur
lengkap termasuk dua lapangan terbang antarabangsa, pelabuhan kontena kedua terbesar di rantau ini dan rangkaian jalan raya serta landasan kereta api yang maju.

“Hal ini ditambah dengan rantaian nilai yang mantap dalam pelbagai industri, daripada aero angkasa sehingga farmaseutikal dan sektor halal serta ketersambungan berstruktur sama ada dalam atau di luar talian.

“Selangor sememangnya menawarkan kelebihan yang tidak ternilai buat pelabur asing yang memiliki perancangan untuk menembusi pasaran ASEAN dan antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada perasmian Sidang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post