Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Selangor Kaut RM1.7 Juta Selepas Tiga Perlawanan ACL2

today24 October 2024

Background
AFC Champions League 2


Kejayaan Selangor FC (SFC) menewaskan jaguh Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors 2-1 pada aksi ketiga kumpulan H AFC Champions League Two (ACL2) semalam menyaksikan pasukan itu mengaut USD50,000 (RM217,000) sebagai hadiah kemenangan.

Berdasarkan manual pertandingan dalam ACL2, setiap pasukan yang meraih kemenangan dalam aksi peringkat kumpulan akan membawa pulang USD50,000.

Baca Juga:

Ini adalah kemenangan kedua Selangor selepas menewaskan kelab Filipina, Dynamic Herb Cebu 1-0 sekaligus mengutip USD100,000 (RM435,000) selepas mengharungi tiga perlawanan.

Sebelum itu, mereka sudah menerima USD300,000 (RM1.3 Juta) sebagai imbuhan menyertai saingan peringkat kumpulan ACL2 sekaligus mengumpulkan lebih RM1.7 Juta daripada ACL2 setakat ini.

Kelab bakal mendapat tambahan wang tunai sebanyak USD160,000 (RM696,000) sekiranya berjaya mara ke peringkat suku akhir dan mendapat tambahan hadiah wang tunai sebanyak USD240,000 (RM1 Juta) sekiranya mara ke…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Sulaiman


Previous post