Pasukan Selangor kekal beraksi dalam saingan AFC Champions League (ACL) 2 sekaligus menepis khabar angin yang mengatakan kelab itu bakal kehilangan slot untuk beraksi di Asia musim ini.
Perkara ini dikongsikan oleh Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul John kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi baru-baru ini.
Baca Juga:
Selepas Selangor menarik diri dari beraksi dalam Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), timbul khabar angin Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mahu menghukum skuad Gergasi Merah kerana tidak turun beraksi.
Langkah ini diambil selepas mereka bimbang mengenai tahap keselamatan pemain dan pegawai pasukan ekoran kes simbah asid yang dialami oleh Faisal Halim lima hari sebelum perlawanan berlangsung.
Windsor memberi jaminan status penyertaan Selangor dalam ACL2 masih selamat meskipun perlu berdepan hukuman daripada pengendali liga.
“Buat masa ini, untuk kita, dua wakil…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: