Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Selangor Mahu MFL Tunda Aksi Piala Sumbangsih

today8 May 2024

Background
Selangor


Selangor FC (SFC) mengumumkan sudah mengemukakan permohonan kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) supaya menunda tarikh perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 10 Mei ini di Stadium Sultan Ibrahim.

Menurut kenyataan rasmi, permohonan itu dikemukakan atas dasar keselamatan susulan kejadian serangan asid ke atas tonggak SFC, Faisal Halim baru-baru ini.

Baca Juga:

β€œRentetan beberapa isu dan insiden yang berlaku kebelakangan ini, pihak Selangor FC telah menghantar surat permohonan rasmi kepada pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)dan Malaysian Football League (MFL) untuk menunda perlawanan Piala Sumbangsih 2024.

β€œKami berharap faktor-faktor yang dinyatakan dalam surat permohonan tersebut akan diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh pihak FAM dan MFL,” kata kenyataan rasmi kelab.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Sulaiman


Previous post