Selangor Pistons meneruskan kemaraan ke separuh akhir Sepak Takraw League (STL) 2024 Grand Prix (GP) Johor selepas berjaya menewaskan PDRM Defenders 2-0 pada aksi suku akhir, sebentar tadi.
Kemaraan ke separuh akhir itu sekali gus turut mengesahkan tempat buat skuad Selangor Pistons untuk beraksi dalam saingan Champions Cup nanti dimana hanya empat pasukan tangga teratas akan layak.
Baca Juga:
Pada aksi yang berlangsung di Stadium Tertutup Arena Larkin, Johor Bahru itu, Selangor Pistons membariskan tekong, Zuhri Mohd Zain, Nonthanan Sombatlay (apit kanan) dan Muhammad Arif Mohd Badri (apit kiri).
Manakala, PDRM Defenders pula menyandarkan harapan kepada Siwatbancha Seekhwa (tekong), Muhammad Shahalril Aiman dan Mohamad Ridaudin Abdul Ghani (gantian) selaku apit kanan dan apit kiri, Muhammad Shahalril Aimin.
Variasi servis dimiliki Zuhri serta libasan menarik Nonthanan hasil ketenangan umpanan Arif Badri dilihat menjadi senjata utama buat Selangor…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: