PETALING JAYA – Kerajaan Selangor menyasarkan 50,000 usahawan menyertai program Platform Selangor (PLATS) di bawah kelolaan Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) tahun hadapan.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sasaran itu yakin dicapai kerana sehingga akhir Jun lalu lebih 37,000 usahawan perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) telah berdaftar dengan PLATS.
Beliau berkata, PLATS mula diperkenalkan pada Ramadan 2022 ketika negara dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Bermula dengan jumlah 500 ahli, seramai 133 daripadanya kekal dalam PLATS iaitu platform promosi dan direktori digital yang dibangunkan kerajaan Selangor bagi membantu peniaga mikro, penjaja serta peruncit kecil mendigitalkan perniagaan, di samping mengatasi cabaran ekonomi disebabkan pandemik Covid-19.
“Menerusi Bazar Ramadan Digital pertama bermula pada 2021, ramai usahawan tertarik kerana PLATS kerana membenarkan golongan itu berniaga, mempromosikan gerai dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: