Pasukan Selangor bakal menyertai kejohanan pra musim empat penjuru yang bakal diadakan di negara jiran iaitu Indonesia dalam masa terdekat.
Kejohanan itu diberi nama RCTI Premium Sports yang mana diadakan oleh salah sebuah stesen televisyen terkenal di negara itu iaitu RCTI.
Baca Juga:
Selain Selangor, tiga lagi pasukan yang bakal mengambil bahagian ialah Persija Jakarta, PSIS Semarang dan satu kelab dari Vietnam iaitu Hanoi FC.
Baru-baru ini, skuad bimbingan Nidzam Jamil itu muncul juara kejohanan Kusel Selangor Asia Challenge 2024 selepas muncul selaku pasukan nombor satu dari empat pasukan bertanding.
Pada perlawanan pertama, skuad Gergasi Merah menewaskan kelab dari Brunei iaitu DPMM FC dengan keputusan 4-0 hasil jaringan dari Noor Al-Rawabdeh dan pemain sayap baharu pasukan iaitu Alvin Fortes.
Pada perlawanan kedua, naib juara Liga Super musim lalu itu menewaskan kelab dari Laos iaitu Young Elephants juga dengan keputusan 4-0 hasil jaringan dari Fortes,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
