Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Selangor TOT United mempamerkan aksi kemas untuk meraih kemenangan pada aksi sulung kumpulan B Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2023 selepas menundukkan Kuala Lumpur 34-1 pada perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam sebentar tadi.
Artikel Berkaitan:
Diperkuatkan dengan kehadiran dua pemain import iaitu Helio Raimundo Carneiro Neto dan Phukan Dongdang, Selangor TOT mempamerkan aksi tersusun dalam usaha untuk memburu kemenangan.
Yazid Kamaruzuan mendapat dua peluang pada minit ketiga untuk menghasilkan gol pembukaan tetapi rembatan kaki kirinya dinafikan oleh penjaga gol Kuala Lumpur, Muhammad Anas Shafiee.
Ketua pasukan Selangor TOT United itu menebus kehampaan tersebut berselang seminit kemudian apabila beliau melakukan percubaan tonjol yang menewaskan Anas selepas menerima umpanan daripada Phukan untuk memisahkan kedua-dua pasukan.
Kuala Lumpur yang sesekali mendapat peluang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: