Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Selangor Upah ‘Bodyguard’ Jaga Keselamatan Pemain

today20 May 2024

Background
Selangor


Selangor FC (SFC) mengambil langkah drastik apabila mengupah beberapa ‘bodyguard’ (pengawal peribadi) untuk menjaga keselamatan pemain dan pegawai tertentu dalam skuad Gergasi Merah.

Perkembangan itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SFC, Dr Johan Kamal Hamidon selepas tonggak utama mereka, Faisal Halim terkena simbahan asid sehingga melecur tahap empat baru-baru ini.

Baca Juga:

Memetik laporan Arena Metro, kawalan keselamatan dipertingkatkan setiap kali pasukan itu terlibat dalam perlawanan Liga Malaysia untuk mengelakkan daripada didekati individu yang tidak dikenali.

“Aksi menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC menyaksikan pertambahan anggota Polis kepada 150 orang manakala 100 marshal mengawal keselamatan perlawanan itu.

“Kawalan kepada pemain juga lebih ketat dan mereka tidak boleh balik sendiri iaitu kena naik bas. Jika dahulu, mereka boleh balik dengan keluarga masing-masing selepas perlawanan namun sekarang ini tidak…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Sulaiman


Previous post