
Program sukan santai WHAM Pickleball With The Stars anjuran Persatuan Wartawan & Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) berjaya menghimpunkan pengamal media dan selebriti tempatan dalam satu kejohanan yang berlangsung di Pickle X i-City, Shah Alam, pada Jumaat.
Artikel Berkaitan: WHAM Anjur Malam Penghargaan Memori Suara Pyanhabib.. Sentuh Hati, Penuh Nostalgia & Jiwa Seni
Artikel Berkaitan: WHAM, FINAS Anjur Intuisi Evolusi Emas Festival Filem Malaysia Ke-33
Juara


Seramai 50 peserta terdiri daripada 25 selebriti dan 25 ahli WHAM mengambil bahagian dalam acara yang bermula sekitar jam 8 malam itu, dengan perlawanan berlangsung dalam suasana kompetitif meskipun berkonsepkan santai.
Pasangan pelakon Ezaidi Aziz dan wartawan mStar, Nazrin Zulkafli, muncul juara selepas mempamerkan permainan konsisten sepanjang kejohanan, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000.
Tempat kedua dimenangi pempengaruh Faiz Dickie yang bergandingan dengan wartawan mStar, Farol Hadi dan menerima…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: