Pada tahun 2015 lalu beberapa jalan di ibu kota Kuala Lumpur ditutup untuk dijadikan litar jalan sempena acara KL City Grand Prix.
Kini litar jalan seumpama itu dilaporkan bakal kembali semula sempena Pelancaran Musim MotoGP 2026.
Baca Juga:
Memetik portal GPOne, entiti mengurus hak komersial dan penganjuran MotoGP, Dorna memutuskan untuk menggunakan kawasan Menara Berkembar PETRONAS sebagai lokasi untuk mempromosi acara perlumbaan tahunan tersebut.
Pelancaran itu akan berlangsung selama dua hari bermula 6 & 7 Februari 2026 nanti.
Peta Litar Jalan Kuala Lumpur sempena Pelancaran Musim MotoGP 2026
GPOne turut kongsikan gambar peta di mana acara pelancaran tersebut melibatkan litar jalan dari Menara Berkembar PETRONAS hingga Wisma Central.
Para pelumba akan mengelilingi Jalan Ampang dihadapan Menara Berkembar PETRONAS, kemudian membuat pusingan-U di hadapan ibu pejabat Lembaga Getah Malaysia dan melalui pusat beli-belah Avenue K.

Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: