Pada 9 Ogos 2015, Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah menjatuhkan hukuman mati ke atas Shahril selepas didapati bersalah membunuh Chee, 25, di Taman Ria Jaya antara 5.30 petang, 14 Januari 2006 dan jam 3.05 pagi, keesokan harinya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar membantah permohonan itu atas alasan fakta yang dikemukakan oleh pendakwaan menepati prinsip ‘kes yang paling jarang di antara yang jarang berlaku’ yang mewajarkan hukuman mati dikekalkan.
“Gadis ini berjoging bersama adiknya sebelum diculik, diliwat, dirogol dan dibunuh serta mayatnya ditinggalkan. Pemohon pula melarikan diri ke Australia selama tiga tahun sebelum ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya.
Mohd Dusuki berkata, mangsa yang menjadi harapan keluarga, baru sahaja bekerja dan sepatutnya ke Jerman untuk menjalani sesi latihan.
“Mangsa diperlakukan seolah-olah tiada kehormatan dan harga diri langsung, kes ini menepati prinsip ‘rarest of the…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: