Perkataan atau terma penyakit hipospadia atau krisis kelainan alat kelamin mungkin kedengaran sedikit janggal dalam kalangan masyarakat kita. Bagi yang belum tahu, ia merupakan krisis kekeliruan dalam menentukan alat kelamin seseorang sama ada ia untuk perempuan atau lelaki. Jantina pula ditentukan bersandarkan ciri fizikal.
Krisis hipospadia ini turut berlaku kepada seorang bekas pemain bola tampar wanita skuad kebangsaan Indonesia, Aprilia Manganang, 28 tahun, yang sebelum ini dikatakan sebagai seorang perempuan namun lama-kelamaan keadaan fizikalnya menunjukkan perubahan dan cenderung menjadi lelaki.

Menerusi halaman Kompas, Aprilia sejak lahir sudah disahkan menghidapi penyakit ini. Namun disebabkan masalah kewangan keluarga, dia tidak mampu melakukan pemeriksaan selanjutnya tambahan pula pada ketika itu masih belum ada peralatan perubatan yang canggih.
Untuk bacaan selanjutnya, klik saja disini.