Kool FM

Selepas 63 Tahun Kelabu, Seragam Pengakap Kini Berwarna ‘Emerald Sea’


Warna ikonik kelabu pada tidak dapat dipisahkan dengan kumpulan pengakap. Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) memperkenalkan pakaian seragam baharu yang lebih segar sejajar dengan perkembangan dunia kepengakapan moden pada era ini.

Ketua Pengakap Negara, Mejar Jeneral Prof. Datuk Dr. Mohd. Zin Bidin berkata, pakaian seragam yang terdiri daripada baju berwarna emerald sea dan seluar aspen green disifatkan lebih menarik dan efektif dengan reka bentuk baharu.

Baca Juga:

Menurutnya, keputusan menukar pakaian seragam adalah satu langkah yang efisien bagi memastikan pergerakan kepengakapan negara sentiasa relevan dan dinamik dalam menyokong pembangunan golongan muda.

Katanya, pertukaran pakaian saragam baharu antara lain dapat membendung penjualan haram pakaian seragam yang semakin berleluasa di pasaran.

“Selepas 63 tahun tidak tampil dengan pakaian seragam baharu, PPM dengan sukacitanya mengumumkan pertukaran warna pakaian seragam kepada warna yang lebih segar dan moden…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version