Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Selepas 7 Tahun, 6 Bekas Penuntut UPNM Bakal Ke Tali Gantung

today23 July 2024

Background


Menurut laporan Sinar Harian, mereka dikenakan hukuman terbabit selepas panel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail, sebulat suara menghidupkan semula pertuduhan asal iaitu Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Enam tertuduh itu yang berusia 28 tahun ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Ketika membaca keputusan penghakiman sepanjang 232 perenggan lebih tiga jam, bermula jam 9.10 pagi, Hadhariah berkata, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terkhilaf apabila meminda pertuduhan dihadapi kesemua tertuduh daripada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.

“Oleh itu, mahkamah membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengetepikan pertuduhan yang dipinda dan menghidupkan semula Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. 



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post

Hiburan Semasa

Che Ta terkilan ada pihak reka cerita hal anak

Kuala Lumpur: Pelakon Rozita Che Wan meminta orang ramai untuk membuat aduan terhadap pengguna media sosial TikTok kerana didakwa menyebarkan berita tidak sahih mengenai anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today23 July 2024