
Barcelona dilapor sedang menyediakan tawaran rasmi pertama untuk mendapatkan penyerang Atlético Madrid, Julián Alvarez pada musim panas ini.
Menurut beberapa laporan di Sepanyol, Barca dijangka mengemukakan bidaan sekitar €90 juta hingga €100 juta termasuk bonus, namun Atlético Madrid meletakkan harga minimum sekitar €150 juta untuk memulakan rundingan.
Barcelona sudah menghubungi ejen kepada Julian Alvarez tentang niat mereka mahu mendapatkan pemain tersebut.
Difahamkan, pengarah sukan Barcelona, Deco sudah mengadakan pertemuan dengan ejen Alvarez dan pemain Argentina itu juga dilapor telah bersetuju dengan terma peribadi bersama kelab Catalan tersebut.
Atletico bagaimanapun dijangan0 enggan menjual murah penyerang berusia 26 tahun itu kerana kontraknya masih berjalan sehingga 2030.
Malah, kelab Madrid itu sebelum ini turut menolak beberapa tawaran di bawah harga yang mereka tetapkan, termasuk menolak tawaran yang menyertakan pertukaran…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
