Sebelum ini Amirul Azhan Aznan serta Nazirul Naim Che Hashim merupakan gandingan bek kanan dan kiri yang menjadi tunjang kekuatan Perak dalam saingan Liga Malaysia sekitar 2016 hingga 2021.
Duo tersebut juga mengecapi nikmat selaku juara Piala Malaysia 2018 dan naib juara Piala FA 2019 serta turut pernah membuat penampilan bersama skuad kebangsaan.
Manakala pemain sayap lincah, Mohamad Hafiz Ramdan pula turut menganggotai skuad Perak bermula 2014 hingga 2017 dan kemudiannya berhijrah ke PKNP FC.
Namun, karier sebagai pemain bola sepak pada ketika ini memang agak keras dan mencabar tambahan dengan isu tunggakan gaji, kecederaan dan sebagainya.

Keadaan itu membuatkan Amirul Azhan, Nazirul dan Hafiz mengambil keputusan untuk memberikan tumpuan penuh kepada ‘karier’ baharu mereka iaitu perniagaan kedai makan.
Ia sebenarnya bukanlah asing buat Amirul Azhan kerana beliau sudah menjalankan perniagaan dengan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: