Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Selepas China, Kapal Selam Rusia Pula Dikesan Di Laut China Selatan

today3 December 2024

Background
Kapal selam rusia


Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr., meluahkan kebimbangan  terhadap kehadiran kapal selam Rusia di zon ekonomi eksklusif (ZEE) negara itu di Laut China Selatan, yang dikenali di Filipina sebagai Laut Filipina Barat, lapor Taipei Times.

“Itu sangat mengkhawatirkan. Setiap pencerobohan ke Laut Filipina Barat, ZEE kami, garis dasar kami, sangat membimbangkan,” ujar Marcos.

Kapal selam kelas Kilo milik Rusia itu dikesan berada sejauh 80 batu nautika dari pantai wilayah Occidental Mindoro pada 28 November.

Informasi ini telah disahkan oleh jurucakap Tentera Laut Filipina, Roy Vincent Trinidad, melalui satu kenyataan rasmi.

Menurut Trinidad, kapal Tentera Laut Filipina, BRP Jose Rizal, berjaya membuat kontak radio dengan kapal selam tersebut, yang dikenali sebagai UFA 490.

Kapal itu dilaporkan sedang menunggu keadaan cuaca yang lebih baik sebelum meneruskan perjalanan ke Vladivostok, Rusia.

“Angkatan Laut Filipina mengawal kapal selam…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Aiman


Previous post