
Jenama roti kegemaran ramai, Gardenia Foods, baru-baru ini mengumumkan satu keputusan yang mendapat perhatian ramai.
Bermula 30 Jun ini, operasi pengeluaran roti di kilang Pandan Loop, Singapura akan ditutup sepenuhnya dan dipindahkan ke Johor Bahru, Malaysia.
Susulan penutupan ini, seramai 141 pekerja di kemudahan pembuatan tersebut terpaksa diberhentikan. Berita yang berat ini telah dimaklumkan kepada semua pekerja yang terlibat dalam satu mesyuarat dalaman pada pagi 20 Mei lalu.
“Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan syarikat untuk meningkatkan kecekapan operasi dan mengekalkan daya saing di tengah-tengah persekitaran global yang semakin mencabar,” jelas wakil Gardenia dalam satu kenyataan rasmi berhubung keputusan tersebut.
Nasib Pekerja Tidak Diabaikan
Walaupun berdepan dengan pengecilan tenaga kerja, pihak syarikat dan kesatuan sekerja dilihat tidak lepas tangan. Kesatuan Pekerja Makanan, Minuman dan Sekutu (FDAWU) telah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
