Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Selepas Ibu Bapa, Kini Datuk Dan Nenek Zayn Rayyan Ditahan Pula

today12 June 2024

Background


Sementara menunggu penentuan nasib ibu bapa Zayn Rayyan yang direman bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak autisme itu pada hari esok, kini datuk dan nenek pula dilaporkan ditahan oleh pihak polis sebentar tadi.

Menurut laporan Harian Metro, pasangan itu ditahan pada jam 2.30 petang di sini.

Menurutnya, penahanan mereka bagi membantu siasatan pembunuhan Zayn.

Sementara itu difahamkan mereka ditahan anggota D9 Ibu Pejabat Polis Selangor.

Bagaimanapun, tidak pasti lokasi mereka ditahan.

Laporan sebelum ini, Peguam, Fahmi Abd Moin yang mewakili bapa kanak-kanak itu berkata, kedua-dua orang yang disyaki (OYDS) tidak lagi boleh disambung reman sebaliknya hanya boleh dituduh atau dibebaskan dengan jaminan polis.

Beliau berkata, pihaknya percaya kertas siasatan yang lengkap sudah diserahkan kepada pihak Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

 




Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post

Luar Negara

Arab Saudi lancar aplikasi 3D bimbing jemaah haji

Makkah: Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi telah memperkenalkan aplikasi realiti maya 3D dalam pelbagai bahasa untuk membimbing jemaah melaksanakan amalan-amalan dalam Haji dan Umrah, menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA) © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today12 June 2024