Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Richard Branson yang merupakan bilionair dan pemilik syarikat Virgin Galactic telah menjadi bilionair pertama di dunia terbang ke angkasa lepas dengan menaiki kapal angkasa buatan syarikatnya pada Ahad lalu.
Difahamkan, beliau bersama dua juruterbang dan tiga lagi penumpang yang kesemuanya kakitangan syarikatnya berada di angkasa lepas selama beberapa minit sebelum ia mendarat semula ke bumi.

