Syarikat peruncitan barangan pembaikan rumah, MR. D.I.Y. Holding (Thailand) Plc (MRDIYT), sedang dalam proses untuk disenaraikan di Bursa Saham Thailand (SET).
Langkah ini dibuat selepas kejayaan Tawaran Awam Permulaan (IPO) Atlas Energy Plc baru-baru ini, dan penyenaraian MRDIYT dijangka akan mencetuskan gelombang baharu IPO di pasaran Thailand.

Memetik laman Bangkok Post, MRDIYT, sebagai salah satu peruncit penambahbaikan rumah dan gaya hidup terkemuka di Thailand, telah menetapkan julat harga tawaran IPO antara 8.30 hingga 8.60 baht sesaham.
Tempoh langganan bagi pelabur runcit adalah dari 20 hingga 22 Oktober, manakala pelabur institusi tempatan dan asing boleh melanggan antara 27 hingga 29 Oktober. Syarikat ini dijangka akan memulakan debut perdagangan di SET pada awal November.
Bualuang Securities (BLS) dan CIMB Thai Bank Plc bertindak sebagai penasihat kewangan untuk IPO ini, dengan BLS dan CGS International Securities (Thailand) mengambil…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: