Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Sehari dua ini Facebook Group ‘Myvi Buat Hal Apa Hari Ini’ dikejutkan dengan rakaman dashcam sebuah Myvi melanggar bahagian belakang kenderaan lain sehingga berpusing terbalik di tengah-tengah Lebuh Raya Maju (MEX) susur keluar menuju ke Seri Kembangan.
Di bahagian awal video rakaman berdurasi sekitar 44 saat itu menunjukkan Myvi kuning tersebut memecut laju untuk memotong dengan menyelit beberapa buah kenderaan dari laluan kiri ke kanan lebuh raya sebelum menyondol bahagian belakang sebuah kereta lain.
Impak pelanggaran tersebut telah menyebabkan Myvi itu berpusing dan terbalik beberapa kali di tengah-tengah lebuh raya, lalu berhenti berputar kembali ke posisi asal di lorong kecemasan lebuh raya tersebut.
Pemanduan berbahaya pemandu Myvi itu menyebabkan orang ramai berasa kurang senang dan marah kerana atas sebab kecuaian diri sendiri telah menyebabkan kemalangan berlaku.
Orang ramai…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: