Pasangan yang membawa bayi lelaki berusia 11 bulan menunggang motosikal dengan memakai alat pernafasan yang tular baru-baru ini dipercayai sudah menghilangkan diri.
Berdasarkan laporan Harian Metro, pihak media cuba menghubungi mereka namun kedua-duanya tidak menjawab panggilan malah turut mematikan talian.
Pengerusi Qariah Masjid Al Maarufi, Seberang Kota Kuala Kedah, Muhammad Hazamer Mualim berkata, pihaknya turut memantau kawasan rumah lelaki berusia 35 tahun itu namun didapati dia gagal dikesan.
Beliau berkata, hanya ibunya yang menghidap angin ahmar berada di rumah itu seorang diri namun dipantau oleh jiran berhampiran.
Ia selepas Hazamer mendapat kebenaran daripada Pejabat Agama Daerah supaya dia memaklumkan kepada pasangan itu untuk menyerahkan dokumen bagi memudahkan proses pernikahan dijalankan.
“Namun sehingga ini, saya tidak menerima apa-apa dokumen daripada mereka dan mereka dipercayai sudah menghilangkan diri,” katanya ketika…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: