
Pantai Kuala Abang sekali lagi menjadi tumpuan apabila pendaratan seekor Penyu Belimbing atau dikenali sebagai ‘Raja Penyu’ direkodkan mendarat dan bertelur di kawasan berkenaan awal pagi tadi.
Memetik kenyataan Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, kehadiran penyu itu disaksikan sendiri oleh kakitangan Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, Mohd Saipulmizam Hamzah, bersama pemajak telur kawasan Rantau Abang (Zon B), Mohd Salleh.
Kedua-dua mereka berpeluang menyaksikan keseluruhan proses pendaratan spesies terancam berkenaan bermula jam 2.00 pagi sebelum penyu tersebut kembali ke laut secara selamat pada jam 5.30 pagi.
Berdasarkan data fizikal, ibu penyu belimbing (Dermochelys coriacea) berkenaan berukuran 215 sentimeter (cm) panjang dan 115 cm lebar, serta berjaya menghasilkan sebanyak 70 biji telur.
Bagi menjamin keselamatan serta mengoptimumkan kadar penetasan, kesemua 70 biji telur telah dipindahkan dan ditanam di Pusat Konservasi dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: