Site icon Kool FM

Selesai Kes Saman Secara Baik, Watie Setuju Bayar Ansuran Lebih RM2,000 Sebulan Kepada Hana


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Seperti diketahui umum, bekas ahli kumpulan Elite, Watie dan Hana mempunyai pertikaian apabila Watie enggan membayar ganti rugi yang diperintahkan mahkamah.

Artikel Berkaitan:

Menurut laporan hari ini, kedua-dua mereka setuju untuk menyelesaikan masalah yang berlarutan sejak lapan tahun lalu itu secara baik.

Difahamkan, Hana memfailkan saman penghutang penghakiman pada 18 Mei 2017 sebagai maklum balas terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Selayang dalam saman induk pada 10 Mac 2015 yang memerintahkan Watie membayar ganti rugi sebanyak RM707,351.83.

Hana meminta ganti rugi selepas mendakwa Watie, gagal membayar balik pinjaman bank yang diperoleh atas namanya untuk membeli kereta Toyota Wish sebelum ini.

Melalui persetujuan kedua belah pihak, Watie bersetuju membayar ansuran bulanan lebih RM2,000 kepada Hana sehingga penyelesaian penuh hutang berjumlah RM796,000 termasuk faedah kepada Hana.

Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version