Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Selhac 2023 capai sasaran peniagaan, penyertaan

today17 March 2023

Background


PETALING JAYA – Konvensyen Halal Antarabangsa Selangor (Selhac) 2023 yang berlangsung selama tiga hari pada 10 hingga 12 Mac lalu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur telah berjaya mengatasi sasaran awal yang ditetapkan.

Sejumlah RM55.7 juta transaksi berjaya dicapai menerusi sesi padanan perniagaan yang disertai hampir 100 penyertaan dari luar negara seperti United Kingdom, Kanada, Australia dan Thailand berbanding sasaran RM50 juta sebelum ini, manakala jualan di pameran berjumlah hampir RM100,000.

Lebih 200 pempamer dan hampir 8,000 pengunjung berkumpul pada Selhac 2023 yang merupakan satu komponen pen­ting dalam perancangan untuk melonjakkan industri halal sebagai salah satu daripada sembilan sektor fokus bagi mengukuhkan ekonomi Selangor.

SELHAC 2023 dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor dan diurus oleh HIS (Halal International Selangor) Toyyiba Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat Menteri Besar Selangor…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post

Luar Negara

ChatGP versi China

Beijing: Gergasi enjin carian China, Baidu melancarkan chatbot berkuasa kecerdasan buatan yang dinanti-nantikan dikenali sebagai Ernie Bot, memberi gambaran kepada dunia tentang apa yang boleh menjadi saingan paling kuat China kepada ChatGPT makmal penyelidikan AS OpenAI. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today17 March 2023