Pemain tengah skuad kebangsaan, Zhafri Yahya menegaskan beliau tidak akan berputus asa untuk mendapatkan menampilan pertama bersama pasukan negara.
Perkara ini dikongsikan oleh wartawa Astro Arena, Karl Nunis yang mana Zhafri ketika ini menjalani kem latihan pusat bagi menghadapi saingan peringkat kelayakan pusingan kedua menentang Kyrgyzstan dan Chinese Taipei pada Jun nanti.
Pemain Kuala Lumpur City itu menegaskan beliau tidak akan menolak panggilan bagi menyertai kem latihan pusat pasukan negara walaupun gagal mendapat penampilan pertama dalam kempen kali ini.
Zhafri Yahya sebelum ini berada dalam senarai bersedia telah dipanggil melapor diri ke kem latihan pasukan kebangsaan bagi menggantikan tempat penyerang Kedah Darul Aman FC, Syafiq Ahmad yang tidak dapat menyertai kem latihan pusat kali ini selepas disahkan mengalami kecederaan.
Selain Zhafri, seorang lagi pemain yang berada dalam senarai bersedia…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: