Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Selesai menonton Harum Malam di GSC Cinema Mid Valley, saya turun ke Starbucks yang berada di tingkat paling bawah. Saya dijadualkan untuk bertemu dengan Dain Said. Pertemuan ini dibuat oleh Kak Opie, individu penting yang menghubungkan pihak produksi dan media.
Artikel Berkaitan:
Sepanjang perjalanan ke Starbucks, otak saya berlegar-legar dengan imaginasi Harum Malam, filem terbaharu karya Dain Said. Saya kenal Dain Said melalui dua cerita, pertama Bunohan dan kedua Dukun. Karya beliau paling puas bagi saya adalah Bunohan. Sehingga sekarang saya rasa karya tersebut masih berada di senarai paling atas.
Tentang Harum Malam, saya letakkan filem tersebut disenarai ketiga selepas Dukun. Saya bukan orang yang pandai membuat komentar panjang lebar soal filem. Tetapi karya terbaharu beliau ini berada di tengah-tengah. Saya suka, tetapi kurang puas. Mungkin disebabkan rasa saya dipotong oleh beberapa babak yang dikabur dan didiamkan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
