Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Semoga Anugerah Ini Menjadi Inspirasi Kepada Pengamal Seni Untuk Terus Berkarya’ – Siti Nurhaliza

today23 July 2026

Background
‘Semoga Anugerah Ini Menjadi Inspirasi Kepada Pengamal Seni Untuk Terus Berkarya’ – Siti Nurhaliza


Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur selepas menerima anugerah Ijazah Sarjana Kehormat dalam bidang Seni Kreatif dan Media daripada Sunway University.

Siti Nurhaliza luah rasa syukur

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram, penyanyi itu menyifatkan pengiktirafan tersebut sebagai satu penghormatan besar buat dirinya. 

Syukur alhamdulillah, pengiktirafan ljazah Sarjana Kehormat dalam bidang Seni Kreatif dan Media daripada Sunway University ini adalah satu penghormatan yang sangat besar. 

Ini bukan sahaja penghargaan untuk perjalanan seni saya seorang tetapi juga satu pengiktirafan tertinggi buat seluruh warga industri muzik dan seni kreatif tanah air.

Terima kasih kepada pihak pengurusan Sunway University di atas penghormatan yang cukup bermakna ini.

Menurut pelantun Anta Permana ini lagi berharap pengiktirafan itu dapat menjadi pembakar semangat kepada generasi muda serta pengamal seni tempatan untuk terus menghasilkan karya berkualiti tinggi.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Shahira


Previous post