Kota Bharu: Usianya baru sembilan bulan, namun Muhammad Hafiy Affan Mohd Hasiif terpaksa menempuhi pelbagai dugaan selepas disahkan mengidap sindrom Pfeiffer sejak dilahirkan.
Penyakit yang dideritainya itu menyebabkan Muhammad Hafiy Affan yang juga dikategorikan orang kurang upaya (OKU) kelewatan pembangunan global (GDD) mengalami kecacatan pada muka dan bentuk tengkorak sehingga bebola matanya sedikit terkeluar berbanding bayi normal.
Lebih menyedihkan, Muhammad Hafiy Affan turut mengalami…