Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dilaporkan sedang berbincang dengan rakan sejawatnya dari Singapura Ong Ye Kung mengenai pembukaan kembali sempadan dua negara yang ditutup sejak wabak COVID-19 melanda rantau ini, kata Menteri Luar Negeri Saifuddin Abdullah dalam ucapan penggulungan di Dewan Rakyat semalam.
Memetik laporan Free Malaysia Today, Saifuddin berkata bahawa dia berharap perbincangan yang berlangsung di antara Malaysia dan Singapura akan mencapai kata putus yang positif. Dia turut menambah jika cadangan ini diterima, Malaysia juga bercadang untuk membuka semula sempadan Malaysia dengan negara-negara lain, seperti Thailand.
Tambah Saifuddin lagi, disebabkan situasi COVID-19 di kedua-dua negara masih belum baik sepenuhnya, Malaysia dan Singapura akan terus melaksanakan peraturan kesihatan yang ketat bagi pergerakan rentas sempadan.
“Meskipun kadar vaksinasi bagi kedua-dua negara sudah mencapai lebih kurang 80 peratus, pembukaan semula sempadan melibatkan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: