
Bagi memastikan kelancaran dan keselamatan infrastruktur jalan raya bersempena dengan penganjuran kejohanan bertaraf antarabangsa F1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 yang bakal berlangsung pada 2 hingga 4 Oktober 2026, Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Sepang telah menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM17.5 juta bagi menyelenggara dan membaik pulih laluan utama di Daerah Sepang.
Memetik hantaran Facebook JKR Daerah Sepang, satu Mesyuarat Penyelarasan Persediaan Infrastruktur telah diadakan pada 31 Julai 2026 (Jumaat) yang dipengerusikan oleh Tan Sri Ketua Setiausaha Negara (KSN) bagi memastikan kesiapsiagaan dan pelaksanaan kerja di lapangan berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
Peruntukan ini melibatkan dua jajaran utama iaitu Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri:
1. JALAN PERSEKUTUAN (FT26, FT27, FT29 & FT344) — RM16.00 JUTA
Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM16.00 juta yang merangkumi 25 bilangan kerja merentasi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: