Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Sempena Tahun Baru Cina, Perdana Menteri Umum Tol Percuma Pada 20 Dan 21 Januari Ini

today18 January 2023

Background


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Pengguna jalan raya yang bakal menggunakan lebuh raya bagi tujuan balik kampung, bercuti mahupun bekerja sempena Sambutan Tahun Baru Cina ini berpeluang menikmati tol percuma pada 20 dan 21 Januari ini.

Pengumuman tersebut telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memudahkan perjalanan orang ramai.

“Selepas tarikh itu, tolong bayar,” seloroh beliau menerusi pengumuman yang dibuat.

Difahamkan pengecualian yang dibuat merangkumi semua jenis kenderaan di mana kerajaan yang menyerap kos pengecualian tol ini yang dilaporkan bernilai mencecah RM40 juta bagi tempoh dua hari ini.

Written by: Hairi Ariff


Previous post