Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Semurah RM10 Sahaja, Netizen Kongsi Set ‘Hujung Bulan’ Yang Berbaloi Untuk Didapatkan Di Restoran Terkenal

today27 November 2024

Background


Apabila sudah selesai segala komitmen dan tunggakan, biasalah buat orang ramai mencari set hujung bulan sementara nak tunggu gaji masuk pada bulan tersebut.

Rupanya ramai tidak mengetahui terdapat beberapa restoran terkemuka yang sedia menawarkan menu bajet yang boleh didapatkan buat kita yang sesak apabila berada di penghujung bulan.

Baru-baru ini, seorang pengguna X bernama @sofeachipscake berkongsi tentang Bakers Cottage yang sedia menawarkan satu set makanan lengkap pada harga RM10 sahaja.

set hujung bulan
Sumber Gambar: X @sofeachipscake

Ini termasuklah nasi ayam, hotdog dan juga manisan tart telur sebagai pelengkapnya.

“Terima kasih Bakers Cottage kerana wujud. Kini dapat makan semua ni pada harga RM10 waktu hujung bulan adalah satu nikmat”, ciapannya.

Hantaran wanita itu langsung mendapat perhatian dan menariknya ada sebahagian netizen lain yang memberi cadangan menu ‘hujung bulan’ dari beberapa rangkaian restoran terkemuka yang mana ramai tidak…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post