Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Senai Airport jual tanah RM23.3 juta

today6 December 2022

Background


PETALING JAYA – Senai Airport City Sdn. Bhd., anak syarikat MMC Corporation Berhad dan Fiffy Sdn. Bhd. telah menyempurnakan perjanjian jual beli untuk melupuskan sebidang tanah perindustrian di Senai Airport City (SAC) berkeluasan kira-kira 3.9 hektar bernilai RM23.3 juta.

Fiffy, salah satu jenama isi rumah terkemuka untuk produk bayi di pasaran Malaysia memi­lih SAC sebagai tapak untuk ibu pejabat baharunya dan kemudahan pembuatan serta gudang di Johor.

Ketua Pegawai Eksekutif Fiffy, Lee Siew Mui berkata, pihak­nya kini mempunyai tiga pusat pengedaran yang mengagihkan barangan kepada lebih 700 cawangan serta 17 butik di seluruh negara.

Menurut beliau, fasa pasca-pandemik juga telah memperhebatkan pasaran pengguna e-dagang dalam negara dan serantau.

“Kami melihat keperluan lokasi yang strategik untuk rangkaian pengedaran gudang Fiffy sebagai strategi perniagaan jangka panjang dan kami yakin SAC adalah pilihan tepat.

“SAC adalah pembangunan perindustrian bersepadu terancang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post