
Berakhirnya aksi kedua pusingan 16 AFC Champions League Elite (ACL Elite) 2025/26 menyaksikan kuota empat pasukan dari zon timur untuk ke suku akhir sudah diisi.
Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar sejarah baharu buat kelab tersebut apabila turut berjaya melangkah saingan lapan terbaik di Asia itu dengan menewaskan Sanfrecce Hiroshima menerusi agregat 3-2.
JDT mengiringi Buriram United selaku wakil dari benua Asia Tenggara (ASEAN) selepas kelab gergasi Thailand itu mengenepikan cabaran wakil Australia, Melbourne City.
Terikat 1-1 pada aksi pertama, Buriram kental bertahan di laman sendiri meskipun terpaksa beraksi 10 pemain sejak minit ke-21 ekoran kad merah diterima Robert Zulj.
Neil Etheridge yang tangkas sepanjang 120 minit permainan meneruskan rentak cemerlang itu dengan menyelamatkan dua sepakan penalti lawan.
Penjaga gol yang pernah beraksi dalam saingan English Premier League (EPL) itu menafikan sepakan Ryan Teague dan Aziz Behich untuk…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: