
Saingan kelayakan Liga Futsal IPT 2026 telah melabuhkan tirai dengan lima pasukan berjaya mengesahkan tempat ke Liga Premier selepas melalui aksi sengit yang berlangsung di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang pada 19 hingga 22 April lalu.
Berdasarkan format kelayakan kali ini, empat pasukan yang melepasi peringkat suku akhir layak secara automatik ke Liga Premier. Satu lagi slot terakhir ditentukan menerusi aksi playoff yang melibatkan pasukan yang tewas di suku akhir.
Persaingan sengit yang berlangsung menyaksikan setiap pasukan berjuang habis-habisan bagi merebut tempat ke saingan lapis kedua saingan Liga Futsal IPT.
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang mengesahkan tempat selepas menewaskan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) 1-0 manakala University College TATI (UC TATI) kembali ke Liga Premier selepas menang 3-1 ke atas UiTM Negeri Sembilan.
Dua lagi slot diisi hasil kemenangan di suku akhir menjadi milik Universiti Malaysia…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
