
Sekiranya membicarakan Piala Dunia daripada sudut yang lebih mendalam, ia bukan sekadar kejohanan bola sepak, malah sebuah acara yang menyatukan keluarga dan sahabat handai.
Di seluruh dunia, keluarga akan berkumpul di hadapan televisyen untuk menyaksikan sukan paling popular di dunia itu dipertandingkan di pentas terbesarnya.
Bagi yang tidak menonton di rumah pula, ramai memilih untuk berhimpun bersama rakan-rakan di kedai mamak atau restoran bagi menikmati kemeriahan kejohanan tersebut.
Namun, dalam sejarah Piala Dunia, keistimewaan kejohanan ini turut dapat dilihat melalui kesinambungan generasi. Sejak edisi pertama pada tahun 1930, terdapat beberapa pemain yang mengikuti jejak langkah bapa mereka dengan beraksi di pentas yang sama walaupun pada edisi dan era berbeza.
Walaupun belum ada pasangan bapa dan anak yang kedua-duanya pernah menjulang trofi Piala Dunia sebagai pemain, beberapa gandingan tersebut tetap berjaya meninggalkan impak…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
