Kejohanan Piala ASEAN B-23 2025 akan bermula hanya dua hari lagi yang menyaksikan skuad Malaysia diundi bersama-sama tuan rumah iaitu Indonesia, Filipina dan Brunei.
Malaysia yang dikendalikan oleh Nafuzi Zain sebentar tadi telah mengumumkan senarai 23 pemain untuk menggalas cabaran negara di Jakarta itu.
Baca Juga:
Seperti dilaporkan sebelum ini, Nafuzi meletakkan sasaran untuk melepasi peringkat kumpulan dan seterusnya mengintai peluang beraksi di pentas final.
“Sasaran utama kami adalah untuk layak ke perlawanan akhir, tetapi secara peribadi saya lebih suka mengambil pendekatan satu perlawanan pada satu masa.”
“Daripada situ, matlamat awal kami adalah mara ke separuh akhir, dan seterusnya ke final.”
Kempen skuad negara pada edisi 2023 di Rayong, Thailand berakhir di kedudukan keempat selepas tewas 3-4 menerusi penentuan sepakan penalti ke atas pasukan tuan rumah.
Berikut merupakan senarai penuh 23 pemain Malaysia yang akan terbang ke…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: