
Senarai lengkap 14 pemain yang bakal menggalas cabaran negara dalam saingan Kejuaraan Futsal ASEAN 2026 di Nonthaburi, Thailand bermula 6 hingga 12 April 2026 sudah diketahui.
Buat pertama kalinya skuad futsal negara hampir 100 peratus berwajah baharu dengan pemain-pemain yang tidak pernah beraksi di pentas senior bersama skuad kebangsaan selain daripada Syed Shahrul Niezam Syed Abd Rahim dan Muhammad Aidil Zakwan Zaidi bakal membawa cabaran negara.
Edisi kali ini menyaksikan pengendali skuad futsal negara, Addie Azwan Zainal menyenaraikan lima pemain dibawah usia 20 tahun.
Satu pendekatan terbaik dalam memberikan lebih banyak peluang buat pemain muda ini mematangkan lagi karakter masing-masing untuk mengharungi saingan intensiti buat mereka.
Lima pemain yang dimaksudkan trio dari Selangor iaitu Mohamad Faaris Amsyar Marhaidi, Aidil Zakwan dan Iqbal Hazim Radzi. Dua lagi pemain terdiri daripada Muhammad Adam Rayyan Nor Hisam dari Pahang Rangers…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: