
Barisan Nasional (BN) melakar kemenangan besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN Johor) ke-16 selepas jauh melebihi majoriti dua pertiga sekali gus mengekalkan penguasaan pentadbiran negeri itu untuk satu lagi penggal.
Setakat artikel ini ditulis, BN telah memenangi 44 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan manakala Pakatan Harapan (PH) meraih enam kerusi. Sementara itu gabungan atau parti lain gagal memenangi sebarang kerusi.
Keputusan tidak rasmi memperlihatkan BN bakal menambah dua lagi kerusi manakala PH dengan tambahan empat kerusi.
Kemenangan manis tersebut turut dilihat sebagai isyarat jelas sokongan pengundi terhadap kepimpinan BN di Johor selepas gabungan itu tampil dengan kempen yang menumpukan kepada aspek kestabilan politik dan pembangunan negeri.
Calon yang menjadi perhatian utama, Datuk Onn Hafiz Ghazi tidak berdepan masalah untuk memenangi kerusi N26 Machap selepas menewaskan Nor Hafiz Roslan dari Pakatan Harapan dengan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
