
Malaysian Football League (MFL) sebentar tadi telah mengumumkan senarai lengkap 16 pasukan yang bakal beraksi dalam saingan Piala Malaysia 2025/26 nanti.
Selain 13 kelab dalam saingan Liga Super, sebanyak tiga lagi pasukan tambahan dari kempen Liga A1 Semi-Pro yang turut bakal bersaing iaitu Perak FA, UM-Damansara United dan Kelantan Red Warrior FC.
Meskipun Johor Darul Ta’zim (JDT) II dan Selangor FC II berada dalam kelompok tiga teratas Liga A1 Semi Pro, dua kelab itu tidak layak menyertai Piala Malaysia selaras dengan peraturan yang tidak membenarkan pasukan simpanan beraksi dalam pertandingan sama dengan kelab induk masing-masing.
Selain itu, Kedah FA dan Armed Forces FC memilih untuk tidak menyertai saingan Piala Malaysia bagi musim ini.
“Bagi proses undian, kelab yang menamatkan pusingan pertama Liga Super di kedudukan pertama hingga kelapan iaitu juara bertahan JDT, Kuching City FC, Selangor FC, Kuala Lumpur City FC, Terengganu FC,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: