Kemaraan lapan pasukan yang berjaya melepasi saingan Play-Off UEFA Champions League (UCL) 2025/26 menyaksikan lengkaplah senarai pasukan untuk pusingan 16 terbaik.
Dua wakil Itali, Inter Milan dan Juventus mengalami tamparan hebat selepas masing-masing ditunjukkan jalan keluar.
Inter Milan dikejutkan Bodo/Glimt dari Norway dengan agregat 2-5 manakala kebangkitan cuba dijelmakan Juventus tidak berjaya hingga menyebabkab kekalahan 5-7 ditangan Galatasaray.
Atalanta menjadi penyelamat maruah Itali selepas bangkit daripada kekalahan aksi pertama untuk menundukkan Borussia Dortmund 4-3.

Bekas juara serta juara bertahan, Real Madrid dan Paris Saint-Germain (PSG) meneruskan kemaraan selepas Los Blancos menang 3-1 ke atas Benfica manakala gergasi Perancis itu pula menang tipis ketika berhadapan kelab senegara, Monaco 5-4.
Manakala tiga slot diisi Bayer Leverkusen yang menundukkan Olympiakos dari Greece 2-0,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: