Site icon Kool FM

Senarai Pasukan Ke Final Futsal SUKMA 2026

SUKMA


Selangor semakin hampir untuk mempertahankan pingat emas futsal SUKMA selepas berjaya melangkah ke aksi final hasil kemenangan 5-3 ke atas Johor.

Beraksi di Kompleks Belia dan Sukan Shah Alam, Selangor tidak diberikan laluan mudah untuk mengecapi kemenangan penting tersebut.

Ia jelas dibuktikan apabila anak buah Eoh Shao Yao itu ketinggalan pada minit keempat hasil rembatan leret Abdul Aiman Syahmi Abdul Razak untuk memberikan kelebihan buat Johor.

Kelebihan itu bagaimanapun hanya bertahan tiga minit apabila Muhammad Amir Ammar Ibrahim menyamakan kedudukan selepas menolak masuk hantaran lintang cantik daripada ketua pasukan, Syahir Iqbal Khan Akbar Khan.

Muhammad Aidil Zakwan Zaidi menjadikan kedudukan 2-1 pada minit ke-12 dan kemudiannya menambah jaringan ketiga sebaik sahaja aksi babak kedua berlangsung.

Tersentak dengan keadaan tersebut, Johor bangkit dengan lebih berbahaya dan usaha mereka membuahkan hasil pada minit ke-26 oleh Muhammad…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version