Tamat perlawanan Negeri Sembilan Antlers menentang Kuala Lumpur Thunder dalam aksi terakhir kumpulan B Sepaktakraw League (STL) 2025 sebentar tadi menyaksikan slot empat pasukan untuk ke separuh akhir bagi Grand Prix (GP) Perak sudah pun terungkai.
Wakil kumpulan A, Kelantan Warriors yang semakin menunjukkan peningkatan prestasi menjadi pasukan pertama berjaya mengesahkan kemaraan.
Baca Juga:
Ia merupakan GP kedua berturut-turut Kelantan Warriors melangkah ke peringkat empat pasukan terbaik itu selepas melakukannya pada GP Johor minggu lalu.
Kuala Lumpur Thunder meneruskan kecemerlangan apabila menewaskan dua juara sebelum ini iaitu Melaka Titans dan Negeri Sembilan Antlers.
Dalam kumpulan C, Perak Bison mengambil kesempatan mendapat sorakan padu penyokong sendiri selepas membenam cabaran Selangor Pistons pada aksi kedua untuk memastikan tempat ke separuh akhir.
Johor Tigris yang bangkit daripada kekalahan di tangan ATM Guardians pada Rabu lalu…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: