Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Senarai Pasukan Layak Ke Final Play-Off

today27 March 2026

Background
Piala Dunia 2026


Dengan aksi Piala Dunia 2026 semakin menghampiri, persaingan untuk merebut enam tiket terakhir untuk ke saingan paling berprestij itu semakin sengit.

Kini, selepas berjaya melepasi pusingan awal Play-Off Eropah dan Play-Off Antara Benua, 12 pasukan semakin terasa bahangnya menjelang aksi final yang dijadualkan berlangsung pada 31 Mac nanti.

Itali yang gagal melayakkan diri pada edisi 2022 menempah slot ke final selepas menewaskan Ireland Utara 2-0 hasil sumbangan jaringan Sandro Tonali dan Moise Kean pada babak kedua.

Menanti mereka nanti ialah Bosnia and Herzegovina yang menundukkan Wales 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas aksi masa sebenar berkesudahan 1-1.

Kelebihan sedikit dimiliki Bosnia apabila bakal beraksi menentang Itali di laman sendiri.

Sweden dan Poland bakal membuat perhitungan di Nationalarenan, Stockholm selepas skuad kendalian Graham Potter itu menewaskan Ukraine 3-1 hasil jaringan hatrik Viktor Gyokeres.

Piala Dunia 2026: Senarai Pasukan Layak Ke Final Play-Off
Kredit Foto:…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post

Sukan

Lapan negara sertai Ragbi Borneo Sevens

Sandakan: Kejohanan Ragbi Borneo Sevens edisi ke-21 kembali menghangatkan arena sukan di daerah ini pada 11 dan 12 April depan dengan penyertaan 16 pasukan dari lapan negara yang akan bersaing merebut gelaran kategori lelaki dan wanita.

today27 March 2026