
Berakhir saingan Terbuka Malaysia di Bukit Jalil semalam, kem badminton negara terus terbang ke New Delhi untuk menghadapi Kejohanan Badminton Terbuka India 2026.
Terbuka India 2026 merupakan kejohanan kedua dalam kalendar Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) dengan berstatus Super 750.
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin bakal turun beraksi dengan reputasi selaku juara bertahan selepas mereka menundukkan Kim Won Ho-Seo Seung Jae pada aksi final edisi lalu.
Seperti kebiasaan sektor beregu lelaki sentiasa menjadi wakil paling ramai buat kem negara apabila sembilan pasangan termasuk Goh V Shem yang berpasangan dengan Choi Sol gyu dari Republik Korea bakal beraksi.
Tumpuan juga pasti terarah kepada Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang tampil cemerlang dalam Terbuka Malaysia minggu lalu berikutan kejayaan mara ke pentas final.
Berikut merupakan senarai penuh wakil negara dalam kejohanan badminton Terbuka India 2026:
Wakil Malaysia Di Terbuka India 2026
Perseorangan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: