28 pemain muda telah dipanggil oleh ketua jurulatih skuad bawah 19 tahun (B-19) kebangsaan, Juan Torres Garrido bagi menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya B-19 bermula Ahad, 7 Julai 2024.
Kem latihan tersebut diadakan bagi membuat persiapan menghadapi Kejohanan B-19 ASEAN 2024 di Surabaya, Indonesia, pada 17 hingga 29 Julai 2024.
Baca Juga:
Skuad Malaysia B-19 akan menjalani latihan pusat selama seminggu sebelum berlepas ke Surabaya pada Isnin, 15 Julai 2024.

Daripada senarai 28 pemain tersebut, 12 daripadanya merupakan pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), 8 pemain Selangor (SFC), 3 pemain Terengganu (TFC), dua pemain Sabah serta seorang pemain dari Perak FC.
Turut dipanggil ialah dua pemain remaja yang berusia 17 tahun dari Akademi Mokhtar Dahari (AMD).
Malaysia akan membuka saingan Kumpulan C dengan perlawanan pertama menentang Brunei pada 19 Julai 2024 (Jumaat) diikuti aksi kedua menentang Singapura pada 22 Julai 2024 (Isnin),…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: